Masa ilmuwan-ilmuwan Islam
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgdqFJcKEJTl9AL2-vfeGUegvogQAFMq8uY5tbYTzbEMnb88DaKIms-nBcRQY5wohrL0m6xjhAnd54TIApf8ZPDYupG9Uo916VjF01CdDynUKMfVL0Va8lcPLjiX8tBz0zaqvqvrg2tosE/s1600/index.jpg)
Walaupun Haytham lebih dikenal dalam bidang sains dan pengobatan, tetapi
dia juga ahli dalam bidang agama, falsafah, dan astronomi. Salah
seorang dari tokoh tersebut ialah Ibnu Haitham atau Abu All Muhammad al-Hassan ibnu al-Haitham.
Perjalanan hidup
Dikalangan cendikiawan Barat, Haytham dikenal dengan nama Alhazen.
Ibnu Haitham dilahirkan di Basrah pada tahun 354H atau 965 Masehi.
Ia memulai pendidikan awalnya di Basrah sebelum diangkat menjadi
pegawai pemerintah ditempat kelahirannya. Setelah beberapa lama bekerja
dipemerintahan, Haytham pergi ke Ahwaz dan Mesir diperjalanan ke Ahwaz,
Haytham menghasilkan beberapa karya tulis yang luarbiasa.
Kecintaannya kepada ilmu pengetahuan, telah membawanya berhijrah ke
Mesir. Selama di Mesir Haytham melakukan beberapa penyelidikan mengenai
aliran Sungai Nil serta menyalin buku-buku mengenai matematika dan
falak. Tujuannya adalah untuk mendapatkan uang cadangan dalam menempuh
perjalanan menuju Universitas Al-Azhar.
Haytham telah menjadi seorang yang mahir dalam bidang sains, falak, matematika, geometri,
pengobatan, dan falsafah. Tulisannya mengenai cara kerja mata manusia,
telah menjadi salah satu Referensi yang penting dalam bidang kajian
sains di Barat. Teorinya mengenai pengobatan mata masih digunakan hingga
saat ini diberbagai Universitas di seluruh dunia.
Karya dan penelitian
Sains
Ibnu Haitham merupakan ilmuwan yang gemar melakukan penyelidikan.
Penyelidikannya mengenai cahaya telah memberikan ilham kepada ahli sains
barat seperti Boger, Bacon, dan Kepler mencipta mikroskop serta
teleskop. Ia merupakan orang pertama yang menulis dan menemukan berbagai
data penting mengenai cahaya.
Beberapa buah buku mengenai cahaya yang ditulisnya telah
diterjemahkan ke dalam bahasa Inggris, antara lain Light dan On Twilight
Phenomena. Kajiannya banyak membahas mengenai senja dan lingkaran
cahaya di sekitar bulan dan matahari serta bayang-bayang dan gerhana.
Menurut Ibnu Haitham, cahaya fajar bermula apabila matahari berada
di garis 19 derajat di ufuk timur. Warna merah pada senja pula akan
hilang apabila matahari berada di garis 19 derajat ufuk barat. Dalam
kajiannya, dia juga telah berhasil menghasilkan kedudukan cahaya seperti
bias cahaya dan pembalikan cahaya.
Ibnu Haitham juga turut melakukan percobaan terhadap kaca yang
dibakar, dan dari situ ditemukanlah teori lensa pembesar. Teori itu
telah digunakan oleh para ilmuwan di Itali untuk menghasilkan kaca
pembesar yang pertama di dunia.
Yang lebih menakjubkan ialah Ibnu Haitham telah menemui prinsip isi
padu udara sebelum seorang ilmuwan yang bernama Trricella yang
mengetahui perkara itu 500 tahun kemudian. Ibnu Haitham juga telah
menemukan kewujudan tarikan gravitasi sebelum Issaac Newton
mengetahuinya. Selain itu, teori Ibnu Haitham mengenai jiwa manusia
sebagai satu rentetan perasaan yang bersambung-sambung secara teratur
telah memberikan ilham kepada ilmuwan barat untuk menghasilkan wayang
gambar. Teori dia telah membawa kepada penemuan film yang kemudiannya
disambung-sambung dan dimainkan kepada para penonton sebagaimana yang
dapat kita lihat pada masa kini.
Filsafat
Selain sains, Ibnu Haitham juga banyak menulis mengenai falsafah,
logik, metafizik, dan persoalan yang berkaitan dengan keagamaan. Ia
turut menulis ulasan dan ringkasan terhadap karya-karya sarjana
terdahulu.
Penulisan falsafahnya banyak tertumpu kepada aspek kebenaran dalam
masalah yang menjadi pertikaian. Padanya pertikaian dan pertelingkahan
mengenai sesuatu perkara berpunca daripada pendekatan yang digunakan
dalam mengenalinya.
Dia juga berpendapat bahawa kebenaran hanyalah satu. Oleh sebab itu
semua dakwaan kebenaran wajar diragui dalam menilai semua pandangan yang
sedia ada. Jadi, pandangannya mengenai falsafah amat menarik untuk
disoroti.
Bagi Ibnu Haitham, falsafah tidak boleh dipisahkan daripada
matematik, sains, dan ketuhanan. Ketiga-tiga bidang dan cabang ilmu ini
harus dikuasai dan untuk menguasainya seseorang itu perlu menggunakan
waktu mudanya dengan sepenuhnya. Apabila umur semakin meningkat,
kekuatan fizikal dan mental akan turut mengalami kemerosotan.
Karya
Ibnu Haitham membuktikan pandangannya apabila dia begitu ghairah
mencari dan mendalami ilmu pengetahuan pada usia mudanya. Sehingga kini
dia berhasil menulis banyak buku dan makalah. Di antara buku hasil
karyanya:
- Al'Jami' fi Usul al'Hisab yang mengandungi teori-teori ilmu metametik dan metametik penganalisaannya;
- Kitab al-Tahlil wa al'Tarkib mengenai ilmu geometri;
- Kitab Tahlil ai'masa^il al 'Adadiyah tentang algebra;
- Maqalah fi Istikhraj Simat al'Qiblah yang mengupas tentang arah kiblat bagi segenap rantau;
- M.aqalah fima Tad'u llaih mengenai penggunaan geometri dalam urusan hukum syarak dan
- Risalah fi Sina'at al-Syi'r mengenai teknik penulisan puisi.
Sumbangan Ibnu Haitham kepada ilmu sains dan filsafat amat banyak.
Kerana itulah Ibnu Haitham dikenali sebagai seorang yang miskin dari
segi material tetapi kaya dengan ilmu pengetahuan. Beberapa pandangan
dan pendapatnya masih relevan hingga saat ini.
Walau bagaimanapun sebahagian karyanya lagi telah "dicuri" oleh
ilmuwan Barat tanpa memberikan penghargaan yang patut kepada dia. Tapi
sesungguhnya, barat patut berterima kasih kepada Ibnu Haitham dan para
sarjana Islam karena tanpa mereka kemungkinan dunia Eropa masih diselubungi kegelapan.
Kajian Ibnu Haitham telah menyediakan landasan kepada perkembangan
ilmu sains dan pada masa yang sama tulisannya mengenai falsafah telah
membuktikan keaslian pemikiran sarjana Islam dalam bidang ilmu tersebut
yang tidak lagi terbelenggu oleh pemikiran filsafat Yunani.
0 komentar:
Posting Komentar
Saran, kritik dan pertanyaan harap disampaikan secara beretika.Terima Kasih.